Jumaat, 16 November 2012

KEBERSIHAN (MENJAGA DIRI)

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1

Tarikh : 15hb.Feb.2012 (Rabu)
Masa  : 7.20 - 8.50 (1jam 30 minit)
Tahun : 1 Jujur
Tajuk : Menjaga diri

Fokus Utama:

Standard Kandungan-1.2         : Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu
                                                 abjad, suku kata,perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran-1.2.4 : Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan
                                                yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan
                                                betul dan tepat.

Fokus Sampingan:

Standard Kandungan-2.2        : Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
                                                pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran-2.2.1: Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua
                                               atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan
                                               konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Objektif :

Pada akhir pengajarn murid dapat :
i.   Mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan
     anggota badan.
ii.  Menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang
     didengar dengan betul dan tepat.
iii. Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata
    dengan sebutan yang betul.

Pengisian Kurikulum:

i.   Ilmu : Sains (anggota badan), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral.
ii.  Nilai : Menjaga kebersihan anggota badan.
iii. KBT : Kemahiran berfikir-mengumpul dan mengelas

Sistem Bahasa :

Tatabahasa : Kata nama am, kosa kata

Media:

Gambar anggota badan, kad perkataan, lembaran kerja dan ICT.

Aktiviti:

Langka 1
1. Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti.
2. Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebut oleh guru secara individu,
    kumpulan atau kelas.

Langkah 2
1. Murid perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan.
2. Menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan
    bimbingan guru.
3.Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing.

Langkah 3
1. Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu
    digunakan.
2. Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka
    dan tertutup seterusnya memadankan dengan gambar yang diberi.
3. Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar
    menggunakan dengan sebutan yang betul.

Langkah 4
1. Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad
    perkataan yang ditunjukkan.
2. Seorang murid mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain
    akan mengulanginya.
3. Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan mengasingkan kad-kad yang
    menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.
4. Murid mengelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota
    badan pada lembaran kerja yang diberi.

Langkah 5
1. Murid membaca dan memahami petikan beramai-ramai dengan bimbingan guru.
2. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-
    gilir.
3. Murid bersoal jawab tentang maksud perkataan yang dihitamkan.
4. Murid memadankan perkataan dengan makna yang diberi secara menaip atau klik dan
    seret-MS Word perkataan.

Pentaksiran:

1. Murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang disebut
    oleh guru.
2. Murid menulis perkataan yang disebut dengan ejaan yang betul

Pengayaan:

1. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang ditunjukkan.
2. Murid memadankan perkataan untuk membentuk frasa yang bermakna.
3. Murid menyebut frasa yang telah dibina.

Aktiviti dan latihan       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan