Selasa, 11 Disember 2012

TATABAHASA

DEFINISI KATA NAMA KHAS

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda
sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan dan sebagainya.

Orang     : Cik Aminah, Inspektor Azmir, Dr. lily.
Binatang  : Blacky, Pak Belalang, Sang Kancil
Tempat   : Kg Tuguson, Kota Belud, Kota Kinabalu
Benda     : Samsung, Acer, Proton Saga

Kata Nama Am

Kata nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya.

Manusia/Orang       : ayah, perempuan, polis, guru, doktor
Binatang                 : ayam, anjing, kucing, gajah, kerbau.
Tumbuh-tumbuhan  : pokok, betik, rumput, lalang
Benda                    : rumah, pen, buku, radio.
tempat                    : pejabat, pulau, sekolah, kampung


Latihan

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.
Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.
2.
Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3.
Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
4.
Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari.
5.
Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6.
Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu.
7.
Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8.
Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9.
Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
10.
Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan